02 April 2020
"FITNAH & AIBKAN..." - TUJU K-CLIQUE BUAT LAPORAN POLIS, DITUDUH PUKUL KEKASIH
Berhubung dakwaan mengasari kekasih yang juga penyanyi rap Loca B, anggota kumpulan hip hop K-Clique iaitu Tuju atau nama sebenar Muhammad Azree Shah Awang Zamri, 24, tampil menjelaskan menerusi kenyataan kepada media memberitahu dia sudah membuat laporan polis terhadap dakwaan yang dianggap berbuar fitnah dan mengaibkan namanya.
Bagaimanapun, Tuju enggan mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu kerana bimbang memudaratkan lagi keadaan dan menyerahkan semuanya kepada pihak berkuasa: "Dua hari lalu, saya mendapat tahu mengenai status yang dimuat naik seseorang yang saya kenali. Ramai pihak yang telah menghubungi saya terutama media dan juga rakan-rakan.
"Saya memohon ampun dan maaf kerana tidak dapat memberi komen yang lebih lanjut untuk tidak memudaratkan keadaan. Saya ingin meminta jasa baik semua agar bersikap rasional terhadap apa yang telah terjadi.
"Pada hari ini, satu laporan polis telah dibuat untuk menyiasat beberapa status yang dimuatnaik di media sosial yang berbaur fitnah dan mengaibkan nama saya. Saya menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat kebenaran dan mendoakan agar segala kesulitan dipermudahkan Allah," katanya.
Klik untuk gambar besar
Sebelum ini, Loca B menerusi sebuah video di laman Twitter menunjukkan kesan lebam di bahagian tangannya sehingga ramai tertanya-tanya sama ada Tuju pernah memukul kekasihnya itu. Biarpun Loca B sendiri mengakui Tuju pernah bertindak kasar terhadap dirinya namun menafikan penyanyi itu memukulnya.
Menerusi laman Twitter, wanita itu turut menjelaskan Tuju bukanlah kaki pukul seperti diperkatakan dan enggan ada pihak memutar belit mengenai perkongsiannya itu. Dalam pada itu, Tuju memberitahu dia tidak mahu terganggu dengan isu itu kerana mahu fokus menghasilkan album solo dan lagu bersama kumpulannya.
"Buat masa ini saya ingin fokus kepada karier saya yang kini dalam proses untuk menghasilkan album solo dan juga lagu bersama K-Clique. Saya juga ingin mengambil inisiatif dengan menyahut seruan kerajaan untuk duduk di rumah dan menghasilkan lebih banyak lagu untuk para peminatnya. Mari kita mendoakan agar Malaysia dihindari sepenuhnya dari wabak covid-19. Terima kasih," ujarnya.
www.myartis.com / Sumber & foto: mStar
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment