02 April 2020

"BUKAK SAMPUL, TERKEJUT RM300... BAYANGKAN BERAPA RATUS ANGPAU BERIKAN" - MOHD NOR BOND


"Alhamdullilah.. Johan Raja Lawak dan isteri beliau Ozlyn Wati bersama-sama team Seniman dan Profima hari ini untuk mengagihkan bantuan makanan kepada anak-anak seni dan pekerja belakang tabir.. Beliau juga secara peribadi memberi angpau kepada semua sukarelawan dan ahli yg hadir. Sampai di rumah saya bukak sampul ang pau, terkejut isinya RM300.





"Bayangkan berapa ratus angpau yang beliau berikan. Alhamdullilah amiin.. Semoga beliau sekeluarga akan diberikan kesihatan dan rezekj yg melimpah-ruah," tulis pelakon senior Mohd Nor Bond di Facebook yang mendedahkan sifat peribadi mulia pelawak dan penyampai radio ERA, Johan dan isteri, Ozlynn yang tidak dikongsikan kepada umum.

Menurutnya, Johan dan Ozlynn telah terlibat sebagai sukarelawan dalam misi bantuan oleh Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dan Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima) mengagihkan bantuan makanan kepada penggiat seni. Dalam pada itu, Johan turut memberi wang sumbangan sebanyak RM300 setiap seorang sukarelawan yang sama-sama turun padang.

Klik untuk gambar besar


Pada masa sama, Mohd Nor Bond menyatakan Johan adalah individu yang akan bersedekah juadah makanan tengah hari pada hari Jumaat di Masjid Bukit Antarabangsa: "Di masjid Bukit Antarabangsa 2 minggu sekali pada hari Jumaat, jemaah akan dapat hidangan nasi beriani ,nasi tomato dan mcm macam lagi.

"Mungkin jemaah tak tahu sebab Johan tak pernah bagi tau..Bila kawan kawan bukak booth jualan, Johan akan membeli barang setiap booth walaupun tiada keperluan. Hanya sifat ingin membantu. Kalau dia makan di kedai mamak insya-Allah dia akan bayar bill makanan kawan-kawan dia..Dia bawak skuter biasa je. The unsung hero," kongsinya lagi.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: