02 April 2020
"ALHAMDULILLAH, BARU LEPAS CHECK UP BABY... PARANOID YA AMAT" - ISTERI SAHARUL
Isteri pelakon Saharul Ridzwan, Deena Emir menerusi laman Instagram miliknya telah memuatnaik video imbasan kandungan keduanya dan mendedahkan bahawa dia menjadi seorang yang paranoid apabila terpaksa keluar rumah bagi menjalani pemeriksaan di hospital ketika negara dilanda penularan wabak Covid-19.
Menurut Deena, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), selama ini, dia hanya menghabiskan masa dengan duduk di dalam rumah sahaja. Jelas Deena lagi, disebabkan khuatir dengan jangkitan virus berkenaan, dia cuba mengehadkan pergerakannya ketika berada di luar.
"Alhamdulillah, baru lepas check up baby. Dah tujuh bulan rupanya. Punyalah mummy sibuk sampai tak perasan. Tapi nak ke hospital pagi (semalam) tadi Ya Allah, paranoid ya amat. Buat pertama kali keluar rumah. Selama ni dekat pagar depan pintu pun tak pergi.
Klik untuk gambar besar
"Terpaksa juga keluar sebab dah tangguh temu janji lama sangat. Kejung je Deena duduk di kerusi sementara menunggu doktor. Allah. Moga-moga sihat walafiat dan dijauhkan daripada wabak penyakit Covid-19. Amin Ya Rabb," katanya.
Dalam posting tersebut, Deena turut berkongsi video yang imbasan ultra bunyi kandungannya. Rakaman video itu turut menunjukkan imej jelas tangan telapak tangan anaknya: "Baby adik kata tolong #stayathome dan selalu basuh tangan", tulisnya yang kini sedang mengandung anak kedua.
Untuk makluman, Deena mendirikan rumah tangga dengan Saharul pada 16 September 2016. Hasil perkongsian hidup pasangan itu dikurniakan anak sulung, Muhammad Luth Ali yang kini berusia tiga tahun.
www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Deena Emir & Saharul Ridzwan
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment