02 April 2020

BANTU GOLONGAN SUSAH - MAN RAJA LAWAK JUAL KERETA & MOTOR


Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksankan, tidak dinafikan ramai yang terjejas kerana tidak boleh keluar bekerja seperti biasa untuk mencari pendapatan bagi menampung pendapatan harian. Terkesan dengan kesusahan yang sedang dihadapi kebanyakan rakyat Malaysia, Man Raja Lawak sebelum ini berkongsikan wang kemenangan MLM 2019 sebanyak RM50,000 dengan mereka yang memerlukan.





Nampaknya bukan itu sahaja, dalam perkongsian terbaru, Man mahu menjual kereta dan motor miliknya demi membantu individu yang mempunyai masalah kewangan dan bertanyakan andai ada pihak yang sudi membeli.

Menurutnya dia menjual kereta dan motor miliknya dengan harga mampu milik bagi menambah sumbangan sedia ada berikutan ribuan permohonan sudah diterima. Ujarnya, kesemua mereka yang meminta bantuan perlu dibantu meskipun jumlah wang yang diminta sedikit.

Dalam pada itu, ada yang mempersoalkan tindakannya menjual motor dan keretanya, bagaimana dia hendak membawa isteri dan anak-anak keluar bersiar-siar selepas ini. Luahnya, dia mempunyai sebuah kereta Kancil dan tiada masalah menggunakan kereta tersebut. Katanya lagi, apa yang lebih penting bagi dirinya adalah untuk membantu mereka yang memerlukan dan berusaha untuk ke syurga Allah.

Klik untuk gambar besar









www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & Instagram Man Raja Lawak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: