02 April 2020

MUATNAIK SURAT TUNTUTAN CERAI - ALIFF SYUKRI ENGGAN ULAS, BALAS DENGAN EMOJI SEDIH


Baru-baru ini, surat tuntutan cerai yang dibuat oleh isteri kepada Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida telah tersebar luas di internet selepas didedahkan sendiri oleh usahawan komestik itu menerusi akaun Instagramnya. Nampaknya pergolakan rumah tangga Aliff Syukri dan isterinya kembali diperkatakan.





Aliff ketika dihubungi oleh portal berita Harian Metro, bagaimanapun tidak mahu mengulas mengenai perkara itu dan hanya membalas mesej pertanyaan wartawan dengan emoji sedih dan ia sekaligus membuatkan perkara itu terus menjadi persoalan.

Menguatkan lagi dakwaan itu apabila Aliff memuatnaik status bernada kecewa dan sedih: "Dalam kehidupan ini ada dua pilihan iaitu memilih atau dipilih. Jadi, kita kena tahu dan sedar. Jika kamu yang memilih pilihlah yang terbaik buat kamu dan selamanya. Jika kamu dipilih, maka jadilah yang terbaik buatnya," tulisnya.

Namun, menurut sumber terdekat usahawan itu, kes perbicaraan perceraian mereka bakal didengar semula selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Malah, Aliff dikatakan terkejut apabila menerima berita isterinya memfailkan permohonan perceraian. Dalam masa sama, Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang dilantik mahkamah gagal menemui penyelesaian: "Sudah tiga kali JPK dibuat, tapi gagal," kata sumber itu.

Klik untuk gambar besar


Difahamkan, ketika ini pasangan itu sudah tidak tinggal sebumbung sejak beberapa bulan lalu. Aliff dilihat berulang alik ke rumahnya yang terletak di Pavilion resident Kuala Lumpur berdasarkan video dimuatnaik di Instagram. Terdahulu, Shahida enggan mengulas mengenai perkara itu: "Bab rumah tangga saya tak nak komen. Minta maaf ya," katanya ringkas.

Rata-rata netizen meminta agar Aliff tidak membuat keputusan drastik dan memintanya muhasabah diri. Rendahkan ego dan cuba untuk menyelesaikan masalah bersama isterinya dengan baik.














www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro, Beautifulnara, Instagram Aliff Syukri & Shahida


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: