02 April 2020

HAMIL TAK MENGHALANG - FASHA & SUAMI AMBIL KESEMPATAN PUASA GANTI & SUNAT KETIKA PKP


Biarpun usia kandungan mencecah enam bulan ketika ini, pelakon Fasha Sandha gagahkan diri untuk berpuasa. Keputusannya membuatkan netizen tertanya adakah pelakon filem 'Berlari Ke Langit' itu terlalu kuat untuk berpuasa, sedangkan sarat mengandung anak hasil perkongsian hidup bersama suami yang juga pelakon, Aidil Aziz.





Fasha berkongsi perkara itu di laman Instagram (IG) Story: "Diakui, ada ramai yang menghantar mesej langsung (DM) bertanya saya kuat ke berpuasa ketika hamil. Alhamdulilah, saya masih kuat. Sudah lima kali saya berpuasa sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasa pada 18 Mac lalu. Saya ambil ruang duduk di rumah untuk berpuasa sunat dan ganti," ujarnya.

Fasha berkata, awalnya, doktor tidak mengizinkannya berpuasa ketika ini. Kerana, kemungkinan berlaku dehidrasi, ia tak bagus sewaktu hamil: "Saya pula pernah mempunyai sejarah keguguran sebelum ini. Jadi, saya kena lebih berhati-hati. Makan makanan tambahan, ubat dan vitamin semua kena ikut waktu yang ditetapkan," kongsinya.

Klik untuk gambar besar


Ibu kepada dua cahaya mata itu bagaimanapun bersyukur hasrat berpuasa disokong suami yang turut berpuasa: "Suami izinkan saya berpuasa dengan syarat melakukannya secara berselang seli. Ikutkan nak puasa berturut-turut. Tetapi, tak mengapalah saya kena ikut juga nasihat Aidil," katanya.

Menerusi coretan di IG Story itu, pemenang trofi Pelakon Wanita Terbaik (Drama), Anugerah Skrin 2017 itu melafazkan janji kepada doktor untuk terus kuat: "Maaf doktor. Saya janji akan kuat. Anak perempuan yang dikandung ini pun kuat. Alhamdulillah.

"Seronok dapat berpuasa ketika berkurung di rumah ini. Selain meluangkan masa dengan aktiviti berfaedah dengan keluarga, saya dapat menjaga pemakanan dan mengawal percakapan. Nafsu amarah pun dikawal. Alhamdulillah," tuturnya.






www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian, Instagram Fasha Sandha & Aidil Aziz


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: