08 April 2020

FYNN JAMAL: "UPLOAD TAK LULUS, TAU TAK LAYAK.. BAGITAU APA... SAJA KONON SEDIH MENGANJ***"


"Do you think it is funny..? cause news flash— you are not. Trending apa agaknya kat feed aku ni. Di ketika orang risau dgn nombor giliran bantuan kerajaan masuk — ada jenis2 yg kemaruk komen dengan upload gambar borang apetah tu yg tulis lulus tak lulus tu.





"Nak cakap apa sebenarnya? Obviously dgn feed gaya hidup kau — tak payah isi borang pun tau dah tak layak. Nak bagitau apa? Bantuan pun berapa ajelah sangat utk orang2 lifestyle of the rich and the famous kalian tu. Aku malu giler tengokkan.

Malu sbb how can people stoop so low for attention. We get it. Jenaka level luar kotak yg tak terhadam fikiran. Dgn caption pseudo sedih tu. Nak apa? kalau betul2 kau sedih — kamon. Harta berkoyan boleh je jual. Kau yg pilih beli barang utk susun. Tolak la. Kalau kau saja2 konon sedih in which maknanya kau mmg menganjing — then you guys are sick and twisted.

"Komfem kau pun takdenye harap sgt bantuan gomen tu. berapa je pun. beli keychain utk beg puluh ribu kau pun tak lepas. dan kalau kau lepas— mmg busuk perut la. berapa ramai yg jauh lagi layak. Di waktu2 macam ni — sbnrnya kita2 yg sedikit senang lah nak memudahkan masyarakat. Bantu saudara mara, tanya kawan2.

Klik untuk gambar besar


"Ni time2 macam ni — yg senang dgn senang2 lupa diri dan fikir tengkuk sendiri. Semua tgh serabut. tapi kalau kita bisnes jatuh, lepas habis semua ni kita ada dah strategi. kalau golongan tentera kita tersungkur— nak bangkit balik belum tentu lagi.

"So no. Tak kelakar lah badut. Aku malas nak bebel2 benda gini. waktu2 serabut gini mmg membazir energy layan kebodohan camni. Tapi kita ni kalau hidup sorang2 dlm busut takpe la. kalau mmg takde org pandang — lantak la. tolong la toleh kanan kiri. Rilek2 boleh tak? buat tenang boleh tak?

"Nak lulus sgt semua bantuan — gi melingkup. Mmg komfem dpt bantuan. Amende aa perangai. Untung nak. Kekal kaya nak. Bantuan pun nak. Apekebenda punya tamak," demikianlah tulis penyanyi Fynn Jamal menerusi satu entri yang muatnaik di laman Instagram miliknya.



Sejak pengumuman oleh kerajaan tentang Bantuan Prihatin Nasional (BPN), ramai yang bersyukur dan berasa sedikit lega. Namun pada masa yang sama, ada juga segelintir selebriti dan netizen yang memuat naik screenshot yang menunjukkan mereka tidak layak.

Tindakan tersebut walaupun tidak tahu apa tujuannya, tetapi seolah-olah ingin menunjuk-nunjuk bahawa mereka mempunyai pendapatan lebih dan tidak layak menerima bantuan. Tambah Fynn, dia tidak faham apa tujuan mereka sebenarnya, sedangkan melalui gaya hidup yang mereka tunjukkan di media sosial, tidak perlu pun untuk mengisi borang kerana sudah tahu tidak layak.

Ujar Fynn lagi, pada waktu-waktu beginilah buat mereka yang sedikit senang membantu memudahkan masyarakat, bantu saudara mara serta kawan-kawan. Kata Fynn, dia tidak faham dengan sesetengah orang yang mahukan keuntungan, mahu terus kekal kaya dan pada masa yang sama masih tamak mahukan bantuan.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Fynn Jamal


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: