28 April 2020

GELAGAT IJOY GIAN MAIN GOLF, SHIERA JADI 'CADDY' BUAT RAMAI TERHIBUR


Pelakon, pengacara dan penyampai radio Sharifah Shahirah atau mesra disapa Shiera yang sering berkongsi kisah bahagia di sosial media itu baru-baru ini telah memuatnaik sebuah video yang menunjukkan gelagat suaminya, Ijoy Azahari melepaskan 'gian' bermain golf.





Dalam satu video pendek yang dikongsikan di laman Instagram milik Shiera, dia belajar menjadi 'caddy' dalam situasi sebenar. Video tersebut memaparkan Ijoy bermain golf di halaman rumah mereka dan Shiera menjadi pembantu kepada suaminya itu.

"Laki bini pun bodo. @ejoyazari Oooo baru tau. Cari bola golf kena jalan. Jalan.. Jalan dengan caddy. Lepas PKP jangan terkejut I pandai main golf," seloroh Shiera yang mendapat pelbagai komen daripada teman selebriti.

Shiera yang merupakan pelakon, pengacara dan penyampai radio berkahwin dengan Ijoy Azhari atau nama sebenarnya Zulkifli Azahari yang juga merupakan seorang pelakon pada tahun 2003. Pasangan tersebut dikurniakan dengan empat orang cahaya mata iaitu Airell, Airra, Auddra dan Adeena.

Klik untuk gambar besar









www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram @shieraijoy


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: