28 April 2020

"LOVES YOU SO MUCH" - AIMAN TINO MUATNAIK FOTO BERSAMA ADIK BARU


Menerusi laman Instagram, penyanyi Aiman Tino telah memuatnaik foto bersama adik barunya, Nina Qalesya yang selamat dilahirkan ibunya, Hazelina Mat Jalil pada 10 April lalu. Adik bongsu Aiman yang merupakan anak kesebelas itu bakal menjadi adik terakhir kerana ibunya dinasihatkan oleh pihak doktor agar tidak lagi hamil atas faktor kesihatan.





"Welcome to the world my new baby sister. Abang Aiman loves you so much. Semoga menjadi anak yang solehah dan berjasa pada keluarga satu hari nanti. InshaAllah. Ameen," tulis Aiman sambil disertakan nama adiknya itu, Nina Qalesya.

Aiman Tino atau nama sebenarnya Mohammad Aiman Yusri turut mempunyai seorang kakak yang juga bergiat dalam bidang nyanyian iaitu Fara Hezel. Aiman yang kini berusia 22 tahun, merupakan anak keempat daripada sebelas orang adik beradik. Aiman pernah mencipta fenomena apabila klip video single 'Ku Rela Dibenci' nyanyiannya mencapai sehingga 21 juta tontonan di YouTube.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Aiman Tino


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: