11 April 2020

HAMIL TIGA BULAN - FARA SEDIH TAK DAPAT JUMPA ADIK BARU, IDAM RENDANG IBU


"Sedih sangat sebab tak dapat nak teman mak di hospital dan jumpa adik ke-11 kami yang baru lahir. Saya sekarang berada di Terengganu di rumah mentua, memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) jadi memang saya dan suami tak boleh balik Kuala Lumpur. Tak sabar rasanya nak jumpa adik dan mak... sekarang ini pun tengah mengidam nak makan rendang istimewa air tangan ibu.





"Alhamdulillah, kandungan saya baru sahaja memasuki bulan ketiga. Saya dan suami sangat teruja dan tak sabar nak timang cahaya mata pertama kami ini. InsyaAllah, anak sulung ini dijangka akan dilahirkan November depan... tentang jantina kami tak kisah!

"Sekarang ini saya tengah mengalami alahan yang agak teruk, muntah-muntah dan sebagainya... mungkin ini situasi biasa yang dilalui ibu hamil," demikian kata penyanyi Fara Hezel yang bersedih kerana tidak dapat bertemu adik bongsunya yang baru dilahirkan pada Khamis lalu meskipun gembira bakal bergelar ibu tidak lama lagi apabila kini sedang hamil tiga bulan.

Fara atau nama sebenar Nurfaraazira Yusri, 24 berkata dia dan suami, ahli perniagaan dari Terengganu, Tengku Mohammad Kamal Hishamuddin yang berkahwin pada 20 Disember tahun lalu itu teruja apabila menerima perkhabaran gembira dimana mereka bakal menimang cahaya mata sulung. Pada Khamis lalu, ibu Fara Hezel dan penyanyi Aiman Tino iaitu Hazelina Mat Jalil, 43, selamat melahirkan anak ke-11 di Hospital Selayang, Selangor.

Klik untuk gambar besar









www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: