15 April 2020

IBU ALIFF SYUKRI: "DIA TETAP MENANTU SAYALAH TILL JANNAH... BERHENTILAH JADI PENYIBUK... "


Menerusi satu muatnaik di laman Instagram, ibu kepada usahawan kosmetik, Datuk seri Aliff Syukri iaitu Rozita Ibrahim telah meluahkan kekecewaan apabila perihal rumahtangga anaknya diperbesar di media sosial sehingga mendatangkan fitnah. Jelasnya, apakah manfaat yang netizen dapat andai benar perceraian berlaku?





Tegasnya dia tidak bersalah dalam hal ini dan meminta netizen tidak mengaitkan dirinya dalam permasalahan yang terkait. Jelas Rozita lagi, walau apa yang berlaku, Datin Seri Shahida masih menantunya dunia akhirat dan hubungan mereka masih baik sehingga hari ini.

"Posting caption mengundang utk tambah dosa.?? ..ambik kesempatan Utk meraih followers membaca , meramaikan org komen utk ghibah..?? ..tak takut ke dosa fitnah buka aib orang..?? Sy bersuara sbb dah tak tahan dan penat lahhhhh ..kalau org lain xda sape kisah pun...xfollow , memollow, bercerai xbercerai bagai ...tak ada org berminat nak tau

"Persoalannya dapat apa ntah..?? Kalau bercerai juga napa ..?? , nak kawin dgn kri..?? atau nak kawin dgn ida ..( keduanya kaya dn baik " nak sy buka tender ke ..??? ) ..suka nak menghina biar mereka lemah semangat ke..?? .

Klik untuk gambar besar


"Bab kri dgn ida sy pun dipalit sama..!! sy xbersalah dalam hal ni ...Tolonglah ,Kasihanilah , berilah kami aman dan jangan bebankan lagi Ida atau saya untuk masalah peribadi ni @shahidadherbs .!! Suka hati sy nak follow atau x..Pak menteri atau artis pun sy xfollow .sy xkan lihat benda yg xmenguntungkan

"Sy x follow Ida , kecoh seMalaya masa PKP ni, sempitnya cara berfikir ..Sedap bergosip penghilang stress ya..seronok bergosip..Nak tau sy gaduh & salahkan menantu..Dia tetap anak menantu sy lah till jannah ( dlm islam xda istilah unfollow masuk neraka weiii)

"Pernah nampak sy gaduh dgn orang lain maki hamun di media ke..?? kalau dgn org xpernah , tak kan dgn Ida sy nak gaduh ..posting sy semua dia IG dianggap sindir Ida..?? .sy org tua yg matang setakat hari ni ok..!! Berhentilah jd penyibuk " Dia sgt baik dgn sy , sampai sekrang..!! sy xfollow Yati , Kri xda pulak org nak tanya ke..??



"Menghina org sedap , sbb xkena kat diri kita kan..!! Cuba kena diri sendiri ..esok lusa kita xtau takdir sendiri..kita xpernah jumpa , x kenal , hanya dimedia , sedap menunding hina ..ada ke peluang nak jumpa kita ni ..?? utk minta maaf..Akhirat bukan main2 tempatnya

"Sy xpernah burukan Ida , dan x campur dunia luar ..Ingat ayat sy satu je " dia tetap menantu sy hingga akhir hayat sy dn ibu pd cucu sy..Sy x follow xmaksud sy gaduh ..Sy Penat dihakimi oleh netizen. Jgn tanya sy unfollow ..

"Sy malas dan xnak tengok semua anak2 sy di media sosial .Semak Otak je..!! .. & jgn soal perkara xcerdik , xmenguntungkan , xperlu membizy pasal mereka utk sy ulas....!! Nasihat ke tidak ke ..!!..," luahnya panjang lebar.

Terdahulu, desas desus keretakan rumahtangga pasangan selebriti ini bertebaran di media dan bagaimanapun Aliff dan Shahida belum memberikan kenyataan rasmi mengenai situasi sebenar yang berlaku.






www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Rozita Ibrahim


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: