15 April 2020

"SAYUNYA HATI... KAMI RINDU RAMADAN KAMI, MOHON AMPUN....." - ASHRAF MUSLIM


Semua umat Islam seluruh dunia akan menyambut Ramadan yang kini tinggal sembilan hari lagi dan sudah tentu tahun ini perbezaannya akan amat dirasai. Pandemik COVID-19 menyebabkan solat beberapa buah negeri membatalkan solat tarawih dan bazar Ramadan di seluruh negara pula dibatalkan.





Pelakon Ashraf Muslim dua hari lalu telah memuatnaik posting di laman sosial Instagram (IG) meluahkan rasa pilunya menjelang Ramdan tahun ini. Menerusi posting tersebut Ashraf membayangkan ibadah puasa tahun ini lebih sayu tidak dapat berbuka dan solat tarawih bersama keluarga serta rakan di masjid.

"Assalamualaikum semua.. Sedar tak kawan2 lagi 11 hari lagi nak ramadan. Sayunya hati.. adakah kita tidak dapat berterawikh di masjid? Dan tidak dapat berbuka puasa di masjid beramai2 bersama ahli keluarga dan kawan-kawan. Ya Allah engkau tarik nikmat dengan sekejap sahaja. Kami rindukan ramadan kami. Kami mohon ampun diatas kesalahan kami yg kami lakukan sebelum ini.

Klik untuk gambar besar


"Kami yg banyak bersalah kerana solat lambat, tak patuh atas arahanmu, jarang membaca alquran, lupa utk berzikir dgn zikir laillahaillah, kami melakukan maksiat mata, tangan dan tubuh badan kami, kami melanggar fitrah yg telah ditetapkan olehmu, kami sombong dgnmu dan kami tidak menghormati antara kami manusia. Maafkan kami ya Allah, kami hamba yang lemah dan ingin dekat dgnmu," luah Ashraf.

Menerusi ruangan komen, pengikut turut berasa sebak dan sayu dengan luahan Ashraf dan turut mendoakan keselamatan semua menempuhi dugaan COVID-19 ini. Dalam pada itu ada juga yang bertanya tentang kesihatan diri Ashraf kerana dia di antara pelakon yang terlibat dengan penggambaran drama 'Demi' di Inverness, Scotland pada awal Mac lalu.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Ashraf Muslim


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: