21 April 2020

ISTERI HAFIZ SUIP JADI SUKARELAWAN SELEPAS 4 HARI HABIS PANTANG


Isteri kepada penyanyi Hafiz Suip, Nureffy Jesreel nampaknya sudah mula aktif melakukan aktiviti kesukarelawan, meskipun baru empat hari habis berpantang selepas melahirkan anak keduanya. Menurut wakil kumpulan sukarelawan, Addina Ahmade, mereka sudah mengagihkan bantuan keperluan harian kepada Hospital Putrajaya, Persatuan Orang Cacat Miri dan Zoo Melaka.





"Walaupun baru 4 hari habis pantang, Nureffy gigih turun padang dan turut sama membantu kami memberikan sumbangan. Sebelum ini, Nureffy hanya menyalurkan dana kepada kami dari rumah tapi selepas habis berpantang dia pun turut sama membantu kami," kata Addina.

Menariknya, pasukan sukarelawan yang terdiri daripada 5 ahli itu dibarisi oleh golongan wanita sahaja: "Kami buat atas dasar keprihatinan dan tanggungjawab membantu sesama kita yang memerlukan. Semua ahli pasukan kami perempuan dan tiada kena mengena dengan suami masing-masing," tambahnya.

Klik untuk gambar besar


Fokus mereka kini untuk membantu menyalurkan keperluan kepada pihak Zoo Melaka: "Mungkin ada yang terlepas pandang Zoo Melaka, jadi kami mengambil inisiatif untuk membantu membelikan makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan daging kepada haiwan yang dijaga di sana. Bantuan kita lebih kepada bahan mentah dan insya-Allah kami akan ke sana lagi dalam tempoh terdekat," ujarnya.

Pihaknya juga merayu orang ramai agar menghulurkan bantuan untuk membantu pihak dan organisasi seperti Zoo Melaka yang memerlukan ketika ini. Nureffy yang mendirikan rumah tangga bersama Hafiz sejak 2016 telah selamat melahirkan anak keduanya pada awal Mac lalu.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Hafiz Suip


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: