21 April 2020

RADIN BERJAYA KUTIP RM10,075 - KASUT YEEZY 350 BIDAAN PALING TINGGI


"Alhamdulillah, ini adalah senarai kasut dan jumlah lelongan amal yang berjaya kita kutip malam ini. Kepada semua pembeli, nanti pasukan saya akan mesej untuk urusan pembayaran dan penghantaran," kata penyampai radio ERA Radin Amir Affendy apabila berjaya mengutip wang berjumlah hampir RM10,075 menerusi hasil lelongan kasut-kasutnya malam tadi.





Radin berkongsi jumlah yang dikutip selepas 17 kasut kesayangannya berjaya dilelong menerusi laman sosial Twitter. Kutipan wang tersebut akan digunakan bagi membantu mereka yang terjejas sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan serta golongan Frontliners yang memerlukan.

Menerusi senarai itu, antara kasut yang berjaya dilelong adalah dari jenama New Balance, Nike dan Adidas. Manakala kasut Yeezy 350 pula mencacatkan nilai lelongan paling tinggi iaitu sebanyak RM1850. Terdahulu, Radin dan rakan penyampai Haniff Hamzah memulakan pemberian sumbangan hasil pendapatan kepada mereka yang terjejas sepanjang PKP fasa kedua diadakan.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: