14 April 2020

"JANGAN NAK LIBATKAN FAMILY SAYA, TAMBAHKAN CITER... JANGAN CABAR SAYA" - ALIFF SYUKRI


Rumah tangga usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri dan isterinya, Datin Seri Nur Shahida dikatakan berantakan apabila kedua-duanya dikatakan saling tidak mengikuti akaun Instagram masing-masing, sejak bulan lalu. Kemelut rumah tangga pasangan ini terus hangat diperkatakan sehingga kini.





Lebih membuatkan spekulasi terus tercetus apabila ibu Aliff iaitu Bonda Rozita Ibrahim, dikatakan turut 'unfollow' menantunya dan ia sekaligus menguatkan lagi desas-desus rumah tangga pasangan ini sedang berantakan.

Sejak semalam, kecoh tentang kata-kata nasihat Bonda Rozita yang mengatakan kesetiaan adalah harga mati dan jangan berharap untuk mendapatkan kesetiaan dari orang yang tidak setia. Rata-rata netizen mendakwa perkongsian itu ditujukan buat Shahida.

Klik untuk gambar besar


Pelbagai spekulasi tercetus termasuk tersebarnya surat tuntutan cerai, Aliff menerusi Insta Story di Instagram memuat naik status memberi amaran, agar tiada pihak terus menyebarkan sebarang berita tidak benar kerana menurut Aliff isu tersebut bukanlah bermula darinya.

Malah, dia memberi amaran untuk tidak melibatkan keluarganya dala kontroversi rumahtangga. Terdahulu, Shahida berkata dia langsung tidak tahu menahu mengenai tindakan ibu mentuanya 'unfollow' akaun Instagramnya dan sejujurnya dia tidak ambil pusing mengenai perkara itu.




www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: