14 April 2020

"SAYA TAIP TERGESA-GESA & INGATKAN SAYA LETAK :'( (EMOJI NANGIS)" - NING BAIZURA


"Saya faham situasi mereka, kalau awak tak faham maksud saya jangan melatah... terima kasih! Saya taip tergesa-gesa dan ingatkan saya letak :'( (emoji nangis). Alhamdulillah, terima kasih bagi saya pahala," demikian kata penyanyi Ning Baizura yang menjelaskan dia memahami situasi yang sedang dihadapi kanak-kanak tersebut dan mengakui tersalah menggunakan emoji pada komen yang ditulisnya itu.





Gara-gara tersalah menggunakan emoji (ikon) pada komen yang ditulis di salah satu posting di laman Instagram, penyanyi lagu 'Awan Yang Terpilu' ini menerima kecaman netizen. Menerusi akaun milik Intrend Malaysia, Ning secara berseloroh menulis komen mengulas mengenai video memaparkan beberapa orang kanak-kanak ditahan polis kerana keluar bermain ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Namun komen yang ditinggalkan Ning itu menimbulkan rasa kurang senang netizen kerana dikatakan seperti memperlekehkan keadaan kanak-kanak tersebut yang dilihat tidak mengenakan kasut: "Miskin budak-budak ni selipar pun tak ada! (emoji ketawa)," tulis Ning.

Klik untuk gambar besar


Video sekumpulan kanak-kanak disoal polis kerana keluar bermain dalam tempoh PKP menjadi tular di media sosial. Meskipun sudah menjelaskan situasi sebenar, namun netizen masih membanjiri ruangan komen dan mencadangkan supaya Ning turun membantu kanak-kanak tersebut.

Menerusi video yang dimuat naik akaun tersebut pada Isnin, kelihatan kira-kira 10 orang kanak-kanak ditahan polis kerana bermain di luar rumah ketika tempoh PKP. Rakaman tersebut mencuit hati netizen apabila polis memberitahu mahu membawa mereka ke balai polis.




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: