14 April 2020

CHE MAT RAJA LAWAK: "HASILKAN PELINDUNG MUKA FRONTLINERS... SUDAH 3,500 DIHANTAR"


Mula menghasilkan pelindung muka selepas melihat abang ipar membuatnya bersama isteri, pelawak Che Mat Raja Lawak mengucapkan rasa syukurnya kerana berjaya menyiapkan 1,000 pelindung muka untuk diberikan kepada petugas barisan hadapan negara.





"Abang ipar saya dan isteri dia buat pelindung muka dengan persatuan penduduk dia. Dan lepas itu isteri saya bagitahu, kenapa kita tak buat benda sama? Ini saja cara kita ada untuk membantu wira negara yang tengah berdepan dengan COVID-19 di luar sana. Jadi saya pun memuatnaik tentang itu di Instagram dan Facebook. Ramai pula yang memberi maklum balas memerlukan pelindung muka," ujarnya.

Bagaimanapun kata Che Mat, dia tidak mempunyai modal yang banyak untuk membeli barang keperluan menghasilkan pelindung muka. Tetapi rakan-rakan selebriti seperti Zizan Razak, Vicha Barbie, Zain Saidin, Yayasan Insyirah Coway TTDI dan pengarah Fadzil Teh tampil membantu.

Klik untuk gambar besar


"Terima kasih kepada yang bermurah hati dan menghulurkan bantuan kepada kami. Dengan hasil sumbangan mereka itu dapatlah kami menghasilkan pelindung muka ini kepada frontliners semua. Setakat ini sudah 3,500 pelindung muka dihantar," katanya.

Dalam pada itu sekiranya ada yang berminat untuk memberikan sumbangan kepada dana pelindung muka ini boleh menghubungi Che Mat di talian 011 5500 9184 atau Ayip di talian 012 2012513.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Instagram Che Mat Raja Lawak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: