14 April 2020

"PENAT JADI ALIFF SYUKRI, BANYAK SEDIH DARI GEMBIRA... MACAM NAK BUNUH DIRI" - ALIFF SYUKRI


"Apa sy nak jadi 🥵 Sekarang saya penat menjadi Aliff Syukri Kamarulzaman byk sedih dari gembira. Semua gerak geri saya diperhatikan ada sahaja tidak kena.. Salah sikit akan viral, salah sikit keluar dekat Youtube. Saya bukan malaikat. Saya juga adalah manusia biasa.. paling pedih bila ada musuh dlm selimut 😭.





"Tolong fahami saya sy #cubabahagia.. kenapa korang semua mencari Kesalahan saya. Apa salah saya. Saya rasa macam nak bunuh diri sahaja... foto by @bynanaazman," demikian tulis usahawan kosmetik, penyanyi dan pelakon Datuk Seri Aliff Syukri yang akui sukar menjadi dirinya.

Jelas Aliff, dia tertekan apabila gerak-gerinya sering menjadi perhatian umum dan ramai yang cuba mencari salahnya. Ekoran situasi tersebut, Aliff akui punyai hasrat untuk membunuh diri. Tulisan Aliff itu menggusarkan pengikutnya di laman Instagram dan menasihatinya agar tidak membuat keputusan melulu sebaliknya kembali kepada Allah Yang Maha Esa.

Klik untuk gambar besar


Namun, dalam pada nasihat yang ditulis netizen buat Aliff, ada juga yang menganggap kenyataan itu sekadar satu gimik baharunya. Terdahulu, Aliff dituduh mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan bergerak dari satu tempat ke tempat lain dengan kerap.

Namun, Aliff tampil menegaskan bahawa kemaskini akaun Instagramnya sepanjang tempoh PKP hanyalah visual throwback semata-mata. Terdahulu, kisah rumah tangganya bersama isteri Datin Seri Shahida yang didakwa berantakan turut menjadi buah mulut orang ramai.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Aliff Syukri


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: