14 April 2020

NING BAIZURA KOMEN "MISKIN BUDAK-BUDAK NI SELIPAR PUN TAKDA" CETUS CEMUHAN


Semua mengetahui mengenai situasi sekumpulan kanak-kanak tidak berselipar yang ditahan pihak berkuasa selepas video tular di laman sosial. Video tersebut turut ditonton oleh penyanyi bersuara soprano, Ning Baizura dan tampil memberi komentar yang ditulis di laman Instagram InTrend Malaysia pada Isnin dan ia telah mencetuskan kemarahan netizen.





Ning yang tampil mengulas mengenai situasi sekumpulan kanak-kanak tersebut hingga disifatkan netizen kurang sensitif. Menerusi komen terbabit, Ning difahamkan cuba berseloroh bersama barisan selebriti lain yang turut menulis komen masing-masing: "Apa fasal mak bapa mereka kasi keluar. Miskin budak-budak ni selipar pun takda," tulis Ning disertai emoji ketawa.

Bagi segelintir pihak, komen yang ditulis Ning itu tidak wajar apatah dalam situasi sekarang: "Tak baik cakap macam tu. Lupa artis mana pernah miskin?" tulis salah seorang pengguna. - "Apabila T20 berkata-kata," sahut pengguna lain. - "Sedih baca komen kau. Kaya boleh beli kesihatan ke? Boleh beli kebahagiaan ke?" soal pengguna lain pula.

Klik untuk gambar besar


"Berlagaknya bercakap, sekali Allah tarik nikmat. Kot ye pun berduit jangan hina orang," tambah pengguna lain. - "Apa kata Ning sedekahkan selipar buat budak-budak tu. Ada juga pahala kan," cadang salah seorang pengguna pula.

Selain Ning, video itu mendapat perhatian penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza: "Sian, kelakar pun ada. Tu lah! Duduk kat rumah dik oi!" tulis Siti.










www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram InTrend Malaysia & Ning Baizura


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: