01 April 2020
"JANGAN SEMAKKAN LAGI HIDUP POLIS YANG TENGAH HANDLE BENDA PENTING SEKARANG NI" - BRONT
Sehingga kini masih lagi hangat diperkatakan mengenai isu artis meminta bantuan khusus untuk golongan penggiat seni. Semalam, timbul pula isu baru dimana Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) membuat laporan polis terhadap seorang selebriti yang didakwa membuat video berunsur hasutan dan juga kecaman terhadap industri seni tanah air.
Malah, pihak Seniman turut menyeru lebih ramai artis serta penggiat seni untuk membuat laporan polis dan Suruhanjaya Multimedia Malaysia terhadap artis berkenaan. Meskipun identiti artis itu tidak didedahkan, tetapi rata-rata netizen mengatakan bahawa artis itu adalah Zarina Anjoulie.
Melihat segala kekecohan yang berlaku, pelakon Bront Palarae tampil menyelar tindakan Seniman itu: "Jangan semakkan lagi hidup polis dengan isu artis," katanya.
Klik untuk gambar besar
Bront berkata, masalah dalam industri perlu ditangani secara dalaman. Dia memohon pihak Seniman supaya tidak membebankan lagi pihak polis untuk mengendalikan perkara begini kerana banyak lagi perkara yang lebih penting harus ditangani oleh mereka pada ketika ini.
Rata-rata bersetuju dengan kenyataan Bront itu dan menyifatkan tindakan Seniman itu tidak wajar kerana banyak lagi perkara penting yang perlu ditumpukan. Isu artis ini tidak perlu melibatkan pihak lain.
Terdahulu, Zarina pernah memuat naik video mengecam tindakan beberapa rakan artis yang dianggap 'tidak malu' meminta bantuan khusus kerana terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan, sedangkan sebelum ini mereka menayang kehidupan mewah.
www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment