08 April 2020

"JANGAN SUKA DUDUK MENGANGKANG", PESAN AZHAR SULAIMAN PADA ANAK GADISNYA


Gara-gara video hangat yang dimuatnaik mengenai aktiviti harian di TikTok dan Instagram, akhirnya Azhar Sulaiman menegur anak gadisnya iaitu Kasih Iris Leona, agar jangan 'suka duduk mengangkang' hingga menimbulkan pelbagai isu.





Ini kerana, ada netizen yang kurang senang dengan gelagat anak gadis pelakon itu yang mengenakan seluar pendek hitam. Akibatnya, ruangan komen video tersebut telah pun ditutup kepada umum.

Menyedari hakikat itu, Azhar Sulaiman menerusi Facebook miliknya berkata yang dia sudah pun memberi teguran pada anak gadisnya itu. Selain itu juga, Azhar turut mengingatkan Leona bahawa dia seorang gadis Muslim dan tidak manis berkongsi kandungan yang sebegitu.

Klik untuk gambar besar


Dalam hal ini, dia turut meminta anak lelakinya yang juga kembar kepada Leona iaitu Rees supaya mengingatkan anak gadisnya itu untuk menjaga tingkah laku serta berkelakuan sopan.

Nasihat Azhar itu menerima respon baik netizen dalam menangani ‘kegilaan’ Tik Tok anaknya itu. Nasihat Netizen, sebagai bapa, Azhar bertanggungjawab untuk mendidik anaknya menjadi insan yang bermaruah.





         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: