08 April 2020

POSITIF COVID-19 - PUTERI AISHAH BERJANGKIT DI SCOTLAND?


Mungkin dijangkiti virus Covid-19 di di Scotland!

Demikian nasib yang menimpa pelakon Puteri Aishah yang disahkan positif COVID-19 akibat baru pulang daripada menjalani penggambaran drama bersiri berjudul Demi di Scotland bersama Ben Amir dan Hasnul Rahmat.





Berita itu disahkan oleh pengurusnya, Iman Tang menerusi akaun Instagramnya semalam.

"Assalamualaikum Warahmathullahi Wabarakathuhu.. Salam Mahgrib.. She just tested POSITIVE for COVID19 an hour ago.. Please pray for her, Please DOA kan dia supaya cepat sembuh.. STAY STRONG PUTERI," tulis Iman Tang di IGnya.

Klik untuk gambar besar


Untuk info, Puteri Aishah bersama beberapa kru penggambaran berangkat ke Scotland pada 15 Mac lalu dan pulang ke tanah air minggu lepas.

Gara-gara berita terkini itu, difahamkan kesemua team produksi drama Demi sudah pun melakukan ujian saringan COVID-19 di sebuah hospital swasta kelmarin, demikian lapor BH Online.

Sebelum ini, Pencetus Ummah (PU) Riz, turut dijangkiti virus berbahaya itu selepas menunaikan solat di Masjid Jamek Seri Petaling, Kuala Lumpur.



         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: