18 April 2020

JATUH TERKENA TEPI MEJA - KELOPAK MATA ANAK ADAM CORRIE KOYAK


Malang tak berbau... demikian yang terjadi kepada anak pelakon Adam Corrie Lee iaitu Adam Fateh Lee apabila kelopak mata kanak-kanak tersebut terkoyak selepas jatuh terkena tepi meja. Pada sekeping gambar di laman Instagram yang diulang siar Corrie dari Instagram anaknya itu mengharapkan Fateh cepat sembuh.





"Anak abah kuat. Nak membesar kan. Kisah semalam. Siapa kata anak abah nakal? Anak abah tak nakal la. Anak abah aktif dan anak abah sedang dalam proses membesar akan lalui pelbagai pengalaman. Semoga anak abah cepat sembuh dan membesar dengan sihat, dan berjaya di dunia & akhirat," tulis Corrie pada entri tersebut.

Tambah Corrie lagi kita hendaklah selalu senyum selalu, selalu bersangka baik, Insya-Allah hati akan tenang. Sementara itu di Instagram milik anaknya Adam Fateh Lee yang mempunyai pengikut hampir 100,000 orang, ada cerita bagaimana perkara tersebut berlaku.

Klik untuk gambar besar


"Tengahari tadi Fateh jatuh terkena tepi meja. Kelopak mata Fateh terkoyak. Pergi hospital doktor gam bahagian yang terkoyak. Ini gambar masa di klinik sebelum pergi ke Hospital," kapsyen pada entri tersebut.

Untuk makluman, Adam Corrie Lee berkahwin denagn Fazima Fuad pada tahun 2008 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Adam Fateh Lee.








www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Adam Fateh Lee & Adama Corrie Lee


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: