18 April 2020

BUAT UJIAN COVID-19 KALI KEDUA - BEN AMIR LEGA NEGATIF


Menerusi satu muatnaik di Twitter, pelakon Ben Amir telah memaklumkan kepada peminatnya yang dia kini disahkan negatif wabak Covid-19 selepas menjalani ujian saringan Covid-19 kali kedua pada hari sama: "Negative! Thank You God," tulis Ben yang memanjatkan rasa syukur.





Terdahulu, Ben yang pulang dari Scotland pada 27 Mac lalu menjalani ujian tersebut kali pertama pada minggu lepas dan disahkan negatif. Ben berangkat ke Scotland pada awal Mac lalu untuk menjalani penggambaran drama Demi arahan Rahila Ali. Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi pengarah drama itu yang dijangkiti virus Covid-19.

Turut positif Covid-19, pelakon gandingan Ben, Puteri Aishah, Ashraf Muslim dan pelakon kanak-kanak, Puteri Rayyana Rayqa serta beberapa kru produksi. Turut serta dalam penggambaran drama itu, Hasnul Rahmat yang disahkan negatif virus terbabit. Drama 'Demi' adalah diadaptasi daripada novel yang diterbitkan 26 episod bagi siaran RTM.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: