18 April 2020
PEMINAT PELUK ISLAM SELEPAS DENGAR NYANYIAN SITI NURHALIZA
Pasti ada diantara anda sudah mendengar Datuk Seri Siti Nurhaliza menyanyikan lagu 'Aisyah Istri Rasulullah' yang dimuatnaik di YouTube pada 10 April lalu. Terkini, seorang peminat mengakui memeluk Islam selepas mendengar nyanyian Datuk Siti. Perkara itu dikongsi di ruangan komen saluran YouTube Siti Official Video yang mana dia turut merujuk keputusannya itu dengan ustaz.
"Saya minat CTDK (Siti) ini. Sejak mendengar lagu ini, saya memeluk Islam. Saya baru saja tiga hari memeluk Islam. Saya tanya ustaz adakah lagu ini punca saya memeluk Islam. Ustaz berkata, lagu nyanyian CTDK ini adalah 'asbab' saya memeluk Islam.
"Allah salurkan hidayah pada saya melalui indah pada maksud lagu ini dengan nyanyian CTDK. Semoga saya terus kuat mencintai sosok nama yang dimaksudkan dalam lagu ini. Terima kasih CTDK," tuturnya.
Mengulas mengenai perkara itu, Siti berkata, dia berdoa semoga peminatnya itu akan terus istiqomah: "Saya dapat tahu hal ini kerana ditulis di ruangan komen video lagu 'Aisyah Isteri Rasulullah' yang saya nyanyikan semula. Bagi saya, Allah sudah memberikan dia hidayah dan lirik lagu itu mempunyai kebaikan dan keistimewaan yang menggerakkan hatinya. Semuanya Allah yang mengatur.
"Apa saja kebaikan yang berlaku, saya sangat bersyukur kerana ada perkara yang kita lakukan memberi dorongan kebaikan kepada orang lain. Doa saya supaya dia akan istiqamah kerana menjadi insan terpilih mendapatkan hidayah Allah," jelasnya.
Klik untuk gambar besar
Menurut Siti, sebagai penyanyi dia sentiasa berusaha menerapkan nilai baik dan positif dalam lagu nyanyiannya: "Secara jujur, sebagai penyanyi, saya juga berusaha menerapkan nilai-nilai baik dan positif di dalam lagu-lagu saya.
"Inilah yang saya usahakan kerana saya tahu, siapa pun kita, masing-masing ada peranan untuk mendorong orang lain menjadi insan yang lebih baik, bersemangat, tidak mudah putus asa serta bangkit," katanya.
Koman peminat yang ditulis empat hari lalu itu mendapat tanda suka mencecah 2,000 dan hampir 200 komen. Sementara itu, video nyanyian Siti yang dirakam daripada aplikasi Smule itu mencecah dua juta tontonan dalam tempoh seminggu ini.
Lagu asal 'Aisyah' nyanyian Projector Band itu dinyanyikan semula dalam versi lirik Islamik hasil sentuhan Ustaz Hasbi Muh Ali pada 2017 menggunakan tajuk 'Aisyah RA'. Selepas tiga tahun, lagu itu tular baru-baru ini selepas dinyanyikan semula beberapa penyanyi Indonesia dan Malaysia antaranya Sabyan, Via Vallen dan Siti.
www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Siti Nurhaliza
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment