03 April 2020

KAKI MEMBENGKAK, MASALAH PAPU-PARU BERAIR - BAPA NORZIZI MASUK WAD SEMULA


"Semalam (kelmarin) 1 April 2020, tika kita rakayat Malaysia nak memulakan Perintah Kawalan Pergerakan Tahap 2, papa terpaksa dimasukkan semula ke hospital kerana paru-parunya ada air dan kakinya bengkak. Saya mohon semua tenang. Insya-Allah papa okay.





"Keadaannya stabil," kata pelakon dan pengarah Dr. Norzizi Zulkifli menerusi satu posting yang dimuatnaik di laman Instagram yang memaklumkan bahawa bapanya, seniman Datuk Zulkifli Zain kini terpaksa ditahan di wad hospital semula kelmarin selepas dibenarkan keluar tempoh hari apabila keadaan kaki bapanya yang membengkak selain mengalami masalah paru-paru berair.

Biarpun diuji dengan keadaan kesihatan bapanya ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun dia yakin setiap yang berlaku pasti mempunyai hikmah tersendiri: "Sebelum ini masa tengah hangat kes Covid-19, sebelum PKP tahap 1, papa dimasukkan ke wad. 13 hari di hospital dan saya shif semuanya malam sebab siang saya kerja.

Klik untuk gambar besar


"Bila bermulanya PKP 18 Mac, nikmat untuk saya sebab selalunya lepas balik dari hospital saya akan bersiap ke pejabat. Bila PKP ini, ia semacam satu rahmat di mana saya balik dari hospital dan dapat memberikan 'tempoh nyawa' untuk saya," kongsinya.

Dalam pada itu, menerusi entri berasingan, Norzizi turut berkongsi kepada umum jadual giliran dirinya dan adik-beradik lain untuk menjaga bapanya di hospital. Sebelum ini, Norzizi memaklumkan keadaan bapanya semakin merosot selepas lapan hari dimasukkan ke Hospital UiTM Sungai Buloh akibat jangkitan kuman dalam darah dan masalah buah pinggang.

Pelakon yang popular dengan watak Bentayan menerusi drama 'Tragedi Sri Mersing' itu dimasukkan ke hospital berkenaan pada 6 Mac lalu selepas mengalami kesukaran membuang air besar.






www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Norzizi Zulkifli


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: