03 April 2020

PKP: GAGAL TUNJUK BUKTI, ENGGAN U-TURN & DIJERIT POLIS - FIKRY IBRAHIM 'DISERANG' NETIZEN


Umum sedia maklum mengenai arahan perlu membawa dokumen menyatakan bahawa mereka dari kawasan tempat tinggal dan keluar bila perlu sahaja sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bermula 18 Mac sehingga 14 April 2020. Namun sejak PKP dilaksanakan dan sehingga hari ini, masih ada lagi rakyat yang berdegil untuk keluar sesuka hati dan tidak membawa dokumen yang diperlukan.





Pada Rabu lalu, sebuah portal berita menerusi siaran langsung di Facebook melaporkan mengenai sekatan jalan raya yang diadakan di salah satu lokasi di Petaling Jaya, Selangor. Ia susulan penguatkuasaan PKP yang sudah memasuki fasa kedua.

Namun, rakaman memperlihatkan seorang lelaki diarah membuat pusingan semua atau u-turn dalam satu sekatan jalan raya selepas gagal menunjukkan bukti alamat kediaman menjadi tular di laman sosial sejak Khamis lalu. Menerusi perkongsian seorang pengguna di Twitter, dia mendakwa lelaki yang memandu kereta itu adalah pelakon Fikry Ibrahim.

Klik untuk gambar besar


Dalam perbualan rakaman tersebut, individu berkenaan memberitahu dia baru pulang membeli barangan dapur di sebuah pasaraya di Kota Damansara dan ingin pulang ke kediamannya yang terletak di Damansara Perdana, Selangor. Bagaimanapun, dia gagal menunjukkan bukti menyatakan dirinya tinggal di kawasan tersebut.

Susulan gagal menunjukkan dokumen, pihak berkuasa meminta untuk membuat pusingan U dan tidak dibenarkan melalui jalan tersebut. Bagaimanapun, pemandu berkenaan tidak patuh dengan arahan, dilihat tetap jalan terus dan dijerit oleh pegawai polis yang bertugas. Sumber terdekat yang berada di lokasi kejadian memaklumkan tidak mengetahui identiti lelaki yang disoal polis itu.

Berdasarkan video tular itu, netizen membuat spekulasi pemandu berkenaan adalah Fikry berdasarkan percakapannya dalam loghat Utara, biarpun wajahnya tidak kelihatan kerana memakai topeng muka. Malah, alamat kad pengenalan serta nombor plat kenderaan yang berasal dari Kedah juga sama dengan alamat asal pelakon tersebut.



Gara-gara dakwaan tersebut, netizen mula membanjiri ruangan komen pada Instagram pelakon tersebut bagi mendapatkan pengesahan mengenai kejadian itu: "Roadblock hari itu kena u-turn ke? Kereta dengan tempat asal di Jitra, Kedah macam sama je.

"Fikry ni la kot yang kena marah dengan polis sebab keluar tak bawa dokumen? Betul ke awak yang kena u-turn tu? - "Kena sound dengan polis kecut tak? Orang suruh duduk rumah... sekali kena jerit dengan abam polis. Jangan lupa dokumen," katanya.

Bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan lanjut daripada mana-mana pihak yang mengiyakan individu tersebut, mahupun dari pihak Fikry sendiri mengenai perkara itu. Sementara itu, melihat pada Instastory Fikry, pelakon drama 'Kau Yang Pertama' itu ada memuatnaik foto seorang negarawan Amerika Syarikat, Abraham Lincoln berserta sebaris ayat: "Don't believe everything you read on the internet just because there's a picture with a quote next to it," tulis pada foto tersebut.






www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Rotikaya & Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: