23 April 2020

LAN A TO Z TAK MALU JUAL LEMANG KETIKA PKP


Masihkah anda ingat dengan Lan A To Z, atau nama sebenarnya Norazlan Abd Aziz?

Dia yang menetap di Bandar Sungai Buaya, Rawang, Selangor, kini mencari rezeki menjual lemang demi mencari sesuap nasi.

"Sebagai anak kampung, saya berpegang pada prinsip campak ke mana-mana pun saya boleh hidup. Sebenarnya setiap tahun memang saya buat perniagaan ini kerana saya ada kawan-kawan yang mengusahakan tanam buluh lemang, buluh madu dan sebagainya.





"Mulanya saya agak tertekan apabila pekerjaan rutin tergendala dan terfikir untuk kembali menjual buluh lemang. Apabila menghubungi kawan-kawan, mereka sokong usaha saya. Bekalan pun banyak," ujar Lan dipetik sebagai berkata pada Harian Metro.

Tambahnya, disebabkan PKP, dia berdepan masalah penghantaran, namun kemudian beralih kepada perkhidmatan Grab kawan-kawan dan berjaya meneruskan perniagaannya.

Klik untuk gambar besar


"Penghantaran pertama adalah sebanyak 500 batang buluh. Selepas itu disusuli lagi 500 batang. Untuk minggu pertama sahaja saya berjaya jual 1,000 batang buluh lemang. Harga jualan taklah mahal dan potongan harga akan dibuat ikut jumlah yang dibeli. Biasanya saya tetapkan penghantaran hanya untuk tempahan 500 batang," katanya.

"Daripada duduk diam tanpa melakukan apa-apa kerja, ada baiknya saya berniaga buluh lemang.

"Tiada pendapatan buat saya tak senang duduk. Memanglah isteri, Siti Nur Ain Daut bekerja dan ada gaji tapi saya tak boleh harapkan dia semata-mata," tambahnya yang mempunyai sudah mempunyai dua anak iaitu Putera Muhammad Darwish dan Puteri Nur Darwisya.



         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: