23 April 2020

AMRAN TOMPEL KINI TERLANTAR


Baitumal melaporkan bahawa pelakon dan pelawak, Amran Aman Ramlie atau lebih dikenali sebagai Amran Tompel, 70, kini terlantar akibat serangan strok sejak lebih sebulan lalu.

Untuk info, pelakon veteran ini pernah mewarnai industri lakonan tanah air sekitar tahun 1990-an sehingga 2014. Beliau juga pernah membuka kedai makanan sekitar Selangor satu ketika dahulu sebelum aktif semula dalam lakonan.





Difahamkan, buat masa sekarang tinggal dia tinggal di rumah sewa anaknya di Taman Matahari Height, Senawang. Beliau sebelum ini pernah beberapa kali diserang angin ahmar sebelum diserang strok sejak peringkat awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dalam pada itu, Perbadanan BaitulMal Negeri Sembilan MAINS (PBMalNS MAINS) telah hadir menziarahi dan menyampaikan bantuan kepadanya berbentuk bantuan lampin pakai buang, makanan asas dan wang tunai segera. Bantuan telah disampaikan oleh Ketua Unit Kebajikan, Bahagian Agihan Zakat, PBMalNS MAINS, Ust. Mohd. Zahid Mohammad.

Klik untuk gambar besar


Anak Amran, iaitu Shafiq Amran, 26, memaklumkan bahawa ada badan bukan kerajaan (NGO) dan individu-individu termasuk rakan-rakan yang tampil menghulurkan sumbangan sebelum ini. Malah katanya Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) juga telah tampil memberi bantuan.

Untuk rekod, Amran juga pernah mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan BaitulMal sebelum ini.

Foto/sumber: Unit Media Baharu/Abu Aaesya









         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: