22 April 2020

"MUNGKIN SAYA AKAN BERPUASA DI SINI..." - ASHRAF MUSLIM


"Melihatkan keadaan, mungkin saya akan berpuasa di sini. Tidak mengapalah. Sebab masih ramai dan ada yang baru masuk. Memang tidak sunyi pun. Sekarang ini saya tak nampak dah soal sakit, tapi fikir nak berpuasa di sini macam mana," demikianlah ujar pelakon Ashraf Muslim.





Ashraf, 39, tidak dapat menyembunyikan rasa sayu apabila memikirkan nasibnya mungkin perlu menjalani ibadah puasa di wad Hospital Sungai Buloh selepas disahkan positif Covid-19 pada 12 April lalu. bapa kepada empat cahaya mata itu berkata, dia reda dan berdoa semoga Ramadan yang bakal disambut dua hari lagi diberikan keajaiban daripada Allah SWT.

Ditanya mengenai keadaan kesihatan dirinya, Ashraf atau nama penuhnya Muhd Ashraf Muslim berkata, dia semakin baik: "Alhamdulillah, saya okay dan semakin baik. Cuma tempoh hari saja saya sakit tekak dan sedikit tidak selesa. Tekanan darah pun okay. Tapi macam biasa, setiap hari kena pantau. Pemeriksaan kesihatan pun macam biasa. Saya masih lagi menunggu hasil ujian swab kedua," jelasnya.

Klik untuk gambar besar


Sementara itu, menerusi perkongsian di Instagram, Ashraf mengajak semua untuk melakukan solat tahajud dan minta ampun pada Allah SWT: "Allahuakbar. Siang dan malam di wad ini asyik memikirkan bagaimana suasana Ramadan kali ini bersama-sama pesakit di sini. Ya Allah, kasihanilah kami. Kami menyesal dan ampunkan kami. Bawalah Covid-19 ini jauh daripada kami. Kami insaf dah. Cukup-cukuplah.

"Kawan-kawan, malam ini jom ramai-ramai kita solat tahajud dan minta ampun pada Allah supaya Allah ampunkan kita semua dan berikan keajaiban pada kita di bulan Ramadan ini. Allah yang berikan kita Covid-19 maka dia juga akan menghapuskannya. Semestinya Allah rindukan doa kita. Sama-sama kita buat," katanya.




www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Ashraf Muslim


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: