22 April 2020

LEPAS MASK - ALIFF SYUKRI 'KANTOI' TAK MINUM MINUMAN KURUS PULA


Nampaknya nama usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri kembali panas di sosial media terutamanya di Twitter. Selepas kisah penjualan topeng muka yang bocor, kini timbul pula isu dimana Aliff Syukri 'kantoi' tak minum minuman kurus pula.





Kontroversi terbaru dibongkarkan pengguna Twitter yang berkongsi sedikit Instagram Live Aliff Syukri yang dirakamkan. Dalam video tersebut, Datuk Seri Aliff Syukri dikatakan berkongsi dengan penonton IG Live beliau tentang minuman yang diambil untuk kurus.

Namun menurut pengguna Twitter tersebut, Aliff Syukri didakwa tidak meletakkan bahan minuman tersebut di dalam cawannya kerana sachet tersebut diikat dengan getah: "Dato Aliff buat hal lagi. Acah letak dalam cawan tapi sachet ikat dengan getah. Cuba perhatikan," tulis ayraa.

Video yang dipaparkan tersebut mendapat hampir 11,000 Retweet dan hampir 10,000 Likes.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Aliff Syukri


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: