22 April 2020

USIA 3 BULAN, JATUH 3 KALI - YATT RISAU, MOHON DOAKAN ANAK BONGSUNYA


Menerusi satu entri di laman Instagram, pelakon Yatt Hamzah telah meluahkan kerisauan terhadap keadaan anak bongsunya, Suci Hawa Zulaikha, 3 bulan, yang sudah tiga kali jatuh katil. Kata Yatt, insiden tidak disengajakan itu berlaku ketika dia terlelap selepas menunaikan solat Dhuha pada Selasa.





"Bonda sedih sangat pagi tadi Baby Hawa jatuh lagi kali ketiga. Bonda tak sihat lepas Dhuha tadi terlelap sekejap melawan pening kepala berdenyut-denyut. Sedar-sedar dengar bunyi berdentum jatuh serentak Hawa menangis kuat. Allahuakbar anak.

"Mesti sakit sangat tu sebab dia jatuh atas jubin luar dari karpet bulu tebal. Macam manalah boleh jatuh sedangkan sudah terkepung dalam kubu bantal dan quilt. Ya Allah baru 3 bulan dah 3 kali jatuh," cerita Yatt.

Klik untuk gambar besar


Namun, Yatt berdepan dilema untuk meninggalkan anak bongsunya tidur di tempat rendah: "Lepas ni memang kena tidur bawah sapaya tak boleh jatuh. Berguling saja kerjanya walaupun masih bayi. Tapi bila baring tidur di bawah kakak-kakaknya pula berlari-lari melompat atas kami. Adehlah cabaran anak-anak kecil yang membahagiakan," tambahnya.

Yatt juga meminta doa orang ramai agar tiada kecederaan serius dan insiden sama tidak berulang lagi: "Mohon semua doakan baby Hawa tak jatuh lagi ya. Pagi tadi dia dapat lebam-lebam di bahagian kepala dan mukanya. Cepat-cepat tuam dan sapu dengan minyak. Sebak Bonda tengok tak sampai hati. Semoga anak Bonda kuat dan sihat selalu ya sayang," ujarnya.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Yatt Hamzah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: