08 April 2020

NABIL MAHIR BERSYUKUR NEGATIF COVID-19: "LEGA... TAKUT MEREBAK DEKAT KELUARGA"


Pengacara Nabil Mahir yang mengalami sakit tekak, batuk dan selesema sejak enam hari lalu itu tidak bertangguh menjalani ujian saringan COVID-19 bagi memastikan dirinya bebas wabak itu. Menerima laporan ujian yang diambil kelmarin, Nabil, 32, bersyukur keputusan diperoleh negatif.





"Saya selesema dan batuk sejak enam hari lalu. Saya jadi lebih risau apabila sesak nafas, dua hari lalu. Saya panik apabila sesak nafas dalam tempoh yang agak lama... Tiba-tiba sahaja. Saya ada asma tetapi serangan kerap ketika bersekolah dahulu. Tidak mungkinlah selepas sekian lama, asma kembali menyerang.

"Itu yang membuatkan saya risau dan melakukan ujian saringan COVID-19 di sebuah pusat perubatan di Damansara, Petaling Jaya, kelmarin. Alhamdulillah, keputusannya negatif. Saya lega tidak dijangkiti COVID-19 biarpun saya menunjukkan simptom jangkitan virus itu," katanya.

Klik untuk gambar besar


Nabil juga mengakui demam, namun tidak berterusan selepas mengambil ubat. Nabil berkata, dia tidak keluar rumah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac lalu: "Saya tidak keluar rumah. Tetapi apabila tidak sihat, saya jadi takut apabila sakit tekak, selesema dan demam. Malah, saya hilang deria bau, saya tidak boleh bau apa-apa sejak beberapa hari lalu," jelasnya.

Biarpun keputusan ujian saringan diterima negatif, Nabil berkata, dia tetap menjauhkan diri daripada keluarga: "Saya teruskan kuarantin. Paling dirisaukan adalah keselamatan keluarga, saya tak mahu ia menjadi punca keluarga jatuh sakit. Biarpun bukan COVID-19, saya bimbang mungkin ada sakit lain yang boleh membuatkan keluarga terkena jangkitan," ujarnya.

Berkongsi rasa syukurnya di laman Instagram, kekasih kepada penyanyi Ayda Jebat itu turut berterima kasih atas doa yang dilayangkan peminat. Nabil turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa agar keadaan kembali pulih seperti sediakala: "Alhamdulillah dah dapat result and its a Negative. Rasa lega sebab takut sangat jadi punca merebak dekat keluarga.



"Terima kasih semua atas doa dan support korang 💚 Walau apa pun, Nabil hairan kenapa masih rasa ketat di dada. Alangkah boleh kembali ke masa ambik gambar ni. Bole keluar. Tak risau penyakit apa-apa. Insy'Allah kita semua akan bertemu masa ini lagi. Kalau semua tak keluar langsung, cepatlah kita boleh selesaikan masalah yang kita alami.

"Dapat asingkan diri. Dapat detect yang terkena untuk rawatan. Moga kita semua sedar diri dan bantu front liners untuk selesaikan masalah ini dengan #DudukRumah. Senang je. Mereka yang berjihad untuk kita. Tolonglah sama-sama kita put a stop to this pendamic. Take care. 💚 #KamiCare," tulisnya.

Terdahulu, Nabil berkongsi keadaannya melalui ujian saringan Covid-19 melalui prosedur nasal swab. Nabil mengalami simptom sakit tekak dan sesak nafas selepas Subuh selama empat hari sebelum itu. Situasi itu membuatkannya paranoid dan berkemungkinan berpunca daripada barangan atau makanan yang dihantar kepadanya.




www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian, Astro Gempak & Instagram Nabil Mahir


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: