09 April 2020

GLENN FREDLY TELAH TIADA - TINGGALKAN ISTERI & ANAK USIA 40 HARI


Penyanyi lagu Januari, Glenn Fredly dilaporkan meninggal dunia sekitar jam 6.00 waktu Indonesia Barat (kira-kira jam 6 petang waktu tempatan) semalam di Rumah Sakit Setia Mitra Fatmawati, Jakarta Selatan.





Jika sebelum ini pelakon Ashraf Sinclair meninggal tiba-tiba, Glenn Fredly, 44, turut menghembuskan nafas terakhirnya secara tiba-tiba akibat meningitis.

"Telah berpulang saudara kami, Glenn Fredly malam ini. Mohon dimaafkan semua salahnya. Dia yang selalu hadir menggerakkan kita semua," kongsi rakannya Glenn, Tompi melalui mesej ringkas menerusi Whatsapp kepada sebuah portal.

Untuk info, Glenn meninggalkan seorang isteri, Mutia Ayu yang dinikahinya pada 19 Ogos 2019 dan seorang puteri Gewa Atlana Syamayim Latuihamallo berusia 40 hari, lapor Kompas.

Klik untuk gambar besar




         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: