09 April 2020

SETELAH DIKUARANTIN 30 HARI : IM FINALLY HOME! - DATUK FAZLEY


"30 hari tanpa anak2, isteri serta keluarga ada satu penyiksaan jiwa!

"Terpisah kerana kerja dan #Selfquarantine adalah sesuatu yang saya tak pernah jangkakan. Saya rasa saya kuat, tapi apabila balik melihat anak2, isteri dan ibu, kaki saya longlai, hati saya luluh, air mata saya mengalir tanpa henti. Rindu yang teramat sangat.





"Lepas saya TER-menangis, anak-anak semua minta saya dukung. Anak sulung saya @fariedzfazley siap kata “Lamanya tak kena dukung”. 30 hari rasa macam 30 tahun lamanya.

"Buat korang semua, sama-samalah kita berusaha sehabis baik untuk menjaga kesihatan keluarga kita dan masyarakat secara am. Buat apa yang perlu dan wajib.

Klik untuk gambar besar


"Nak tahu tak @elliefazley masih bertanya saya banyak kali “Dida dah mandi ke?? Dida takda virussshh ke?” sebab dia sangat confused kenapa 30 hari tak boleh peluk, tiba-tiba hari ini saya balik dan peluk cium dia," demikian kongsi Datuk Fazley Yaakob selepas tamat tempoh kuarantinnya semalam.

Ia berikutan penyanyi dan chef selebriti itu mengunjungi Singapura baru-baru ini bagi menjalani penggambaran sebuah program di sana. Langkah tersebut diambil apabila kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan sekaligus bagi melindungi keluarganya serta masyarakat yang lain.









         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: