30 April 2020

"NANTI BESAR, SAYA DENGAN BINI SAMA BILIK DENGAN IBU" - ZARINA TERKEJUT


Pelakon Zarina Zainuddin menerusi laman Instagram miliknya baru-baru ini telah memuatnaik satu entri dimana dia terkejut dengan jawapan anaknya, Muhammad Adam Azrai selepas meminta menemaninya tidur di dalam bilik.





Melihat pada paparan skrin perbualan yang dimuatnaik, anaknya yang baru berusia 13 tahun itu dengan spontan memberitahu dia dan bakal isterinya nanti akan tidur bersama ibunya bila sudah besar nanti. Zarina tidak menyangka kata-kata itu keluar dari mulut anaknya: "Kita suruh dia teman kita, dia bahasakan kita pulak," tulisnya dalam kapsyen.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata akui lucu melihatnya: "Hahaha ini comel. - "Hahaha adoi anak, boleh bikin kepala pening. - "Adoi nak tergelak baca,” komen antara pengikutnya.

Untuk rekod, Zarina Zainuddin berkahwin dengan Datuk Seri Raihan Wan Jaafar pada 13 Julai 1993, sekali gus menjadi isteri kedua. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu pasangan kembar Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai, 23 , Muhammad Naim Azraidan, 16, dan Muhammad Adam Azrai, 13 tahun.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Zarina Zainuddin


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: