30 April 2020

ZED ZAIDI SAMBUT ANNIVERSARY KE-10: "TERIMA KASIH LAYAN KERENAH CUTE I..."


"Happy anniversary yang ke-10 tahun sayang. Semoga perkhawinan kita akan kekal ke jannah. Terima kasih kerana melahirkan tiga orang anak yang comel hadiah yang tak ternilai harganya kepada I. Masakan air tangan you juga membuatkan I tidak akan lupakan sehingga hayat I.





"Terima kasih juga kerana selama 10 tahun ini melayan kerenah cute I sampai you pun ketawa terbahak-bahak disebabkan chemistry kita cukup mengagumkan. Semoga terus beristiqamah dan menjadi pemaisuri I yang tabah dan bersabar sehingga akhir hayat.

"I love you so much," demikianlah ucapan pelakon dan Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi atau nama sebenarnya, Rozaidi Abdul Jamil, 40, yang meraikan ulang tahun perkahwinannya ke-10 bersama isteri, Natalia Mustafa Kamal semalam.

Klik untuk gambar besar


Menurut Zed, dia bersyukur kerana selama 10 tahun bersama banyak pengorbanan berharga yang dilakukan isterinya termasuk melayan kerenahnya. Zed berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya. Menerusi entri tersebut, Zed memuatnaik foto perkahwinan mereka.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang mengucapkan tahniah dan selamat ulang tahun perkahwinan. Zed dan isteri mendirikan rumah tangga pada 29 April 2011. Pasangan ini dikurniakan anak lelaki, Ryan Zikri yang kini berusia 7 tahun dan juga anak kembar perempuan berusia setahun.






www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Zed Zaidi


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: