24 April 2020

NUKILAN BALU ABAM: "SAYUNYA HATI BILA PUASA TANPA INSAN TERSAYANG..."


"Selamat menyambut bulan ramadhan 23.04.2020.. Tahun ni berbeza menyambut puasa ermm sayunya hati bila puasa tanpa insan tersayang, Ya Allah, anugerahkanlah suamiku balasan yang sebaik-baiknya kerana membimbingku ke jalan-Mu dan pahala yang besar atas kasih sayangnya yang melimpah-ruah ke atas ku Aminn Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang..





"AL-FATIHAH suamiku Syed Umar Mokhtar," tulis balu kepada Allahyarham Abam Bocey, Nor Hidayah yang meluahkan perasaan bersempena dengan sambutan Ramadan tahun ini dan menjelaskan puasa kali ini berbeza dan dirinya rasa sayu apabila mengenangkan Ramadan tanpa insan tersayang di sisi.

Sekadar imbasan, arwah Abam yang juga seorang pelawak terkenal dan Nor Hidayah berkahwin pada 2017. Pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey, 8 bulan.

Allahyarham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, merupakan ahli kumpulan Bocey bersama Fad dan Acey meninggal dunia di kediamannya di Gombak, Kuala Lumpur pada 10 Februari lalu dipercayai akibat demam panas.

Klik untuk gambar besar











www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Abam Bocey


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: