24 April 2020

TERIMA KEJUTAN VIDEO DARI KEDUA ISTERI - ASHRAF MUSLIM MENANGIS


Pelakon Ashraf Muslim menerusi satu muatnaik di laman Instagram miliknya telah memberitahu dia menangis saat mendapat kejutan berbentuk kiriman video daripada kedua isterinya, Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Wan Saburi.





Video berdurasi dua minit dan 24 saat itu mengandungi paparan gambar mereka sekeluarga serta ucapan daripada tiga anaknya. Ashraf, 39, berkata perkara itu membuatkan dirinya bertambah rindu dan berharap segera bebas wabak Covid-19.

"Ramadhan kali ini. Malam ini.. adalah malam paling bersejarah dalam hidup AM. Pertama Solat terawikh berjemaah di Wad Pesakit Covid dan kedua dapat surprise video dr mama dan ibu nih... Ni lah nak cerita skit.

Klik untuk gambar besar


"Lepas solat terawikh kul 10.30 mlm td.. AM nk makan malam yerlah tgh laparlah kn sbb tak mkn ptg td. So.. tgh makan nih tangan kiri pun capai handpone nak tgk message. So bila buka jer dpat video nih.. Allahuakbar.. sambil makan nih, AM tak sedar air mata dah mengalir..

"Aduhai.. sedih aaarr.. tak baiklah buat mcm ni.. dah lah ayah kat wad. Makan pun tak habis terus basuh tgn... waaa! Mama ibu dan anak-anak..Sabar yer.. tunggu ayah skit lagi.. InsyAllah bila semua dah selesai ayah balik k.. love and miss all of u!. @ashrafslegacy," tulis Ashraf.

Ashraf dirawat di Hospital Sungai Buloh (HSB) akibat positif wabak Covid-19 pada 12 April lalu. Sebelumnya, Ashraf menjalani kuarantin diri selama dua minggu selepas pulang dari Inverness, Scotland kerana terbabit penggambaran drama Demi pada 31 Mac lalu.






www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Ashraf Muslim


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: