03 April 2020

"PENAT DENGAN MANUSIA YANG NAK JADI TUHAN, BERTELAGAH..." - NAIM DANIEL


Baru-baru ini, penyanyi dan pelakon Naim Daniel telah meluahkan rasa kecewanya dengan keadaan yang terjadi di negara kita iaitu soal wabak Covid-19 yang sedang melanda serta apa yang berlaku dalam dunia hiburan sekarang ini. Luahan tersebut dikongsikan dalam satu entri di Instagramnya berserta IGTV yang bertajuk 'Tasbih Tahmid Tahlil Takbir'.





"Hari ni tak ada lagu, hari ni aku penat. Penat dengan semua benda yang jadi di Malaysia disaat kita dilanda musibah Covid 19 ni. Penat dengan manusia yang nak jadi Tuhan, penat dengan manusia yang bertelagah sesama sendiri sedang sepatutnya kita bekerjasama dalam saat saat yang getir begini.

"Penat dengan manusia yang tak tahu betapa beratnya pengorbanan pihak bertanggungjawab untuk memastikan kita semua sihat dan mampu jalani hidup seperti biasa, penat dengan langit Malaysia sekarang. Aku penat. Dan aku percaya korang yang membaca ini pun turut sama penat," tulis Naim.

Klik untuk gambar besar


Naim menyeru agar semua berbalik kepada asal, berbalik kepada ajaran agama dan berbalik kepada Tuhan Semesta Alam: "Tak apa, kita baliklah dulu. Kita balik ramai-ramai, Allah rindu kita semua. Macam mana buruk pun kau, macam mana jahat pun kau, macam mana solat tunggang terbalik pun kau, tak apa, kita balik dulu. Allah rindu. Ya Allah rindu kau. KAU YANG BACA NI.

"Kita balik dulu daripada segala hal-hal yang berlaku sekarang ni, daripada yang atasan, yang bawahan, yang berasa layak berada di atas, yang berasa sering di bawah, kita balik dulu. Allah rindu," tulis Naim panjang lebar.

Tambah Naim lagi, setiap daripada kita berasa penat, tetapi dia memohon supaya kita jangan pernah berhenti untuk mensyukuri nikmat Tuhan.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Naim Daniel


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: