25 April 2020

PESAKIT COVID-19 TAK PATUHI ARAHAN - ADAM SHAHZ DIKUARANTIN, LUAH BENGANG


"Lama tak tengok saya post gambarkan? Sebelum ni saya dikuarantin 18 hari kerana ada kontak dengan positif Covid-19. Saya dikuarantin kerana ada segelintir orang yang tidak patuh dengan SOP saringan. Tak kisahlah siapa pun, sekali dah buat saringan tak sepatutnya keluar!!





"Duduk rumah, jauhkan dari kontak rapat dengan orang," tulis pelakon Adam Shahz menerusi laman Instagram yang mendedahkan dia terpaksa dikuarantin selama 18 hari selepas mempunyai kontak dengan pesakit Covid-19 dan disebabkan itu, dia yang merupakan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) sudah sekian lama tidak berkongsi aktiviti misi memberi bantuan.

Adam turut meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan golongan yang tidak menghiraukan keselamatan dan nyawa sehinggakan menyusahkan orang lain: "Dah tahu kena saring, boleh pula merayau pergi kerja. Kalau tak sayang nyawa sendiri, sekurangnya sayanglah nyawa ahli keluarga tu.

Klik untuk gambar besar


"Untuk kluster kayangan, berapa ramai dah frontliner dikuarantin sebabkan kamu. Boleh tak jangan berlagak macam dewa, banyak lagi kerja yang kami perlu buat. Kami berjauhan dari keluarga sebab nak bantu kamu, walhal kami ada pilihan untuk stay at home!

"Perikemanusiaan sikit, waktu genting macam ni kita tak sepatutnya nak lebih-lebih. Bersyukur atas apa yang tuhan beri, selebihnya tawakal dan doa supaya dihindarkan dari Covid-19," tulis pelakon drama 'Juvana' itu lagi.












www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Adam Shahz


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: