25 April 2020

MINAT SEBELUM JADI ARTIS - HUN HAQEEM AKUI DIA & ARA KAWAN BIASA


"Kami tidak ada hubungan istimewa pun. Kami memang berkawan baik sahaja. Saya kan pelakon baru tapi saya memang peminat dan suka Ara sebelum saya bergelar artis lagi. Dari awal lagi saya sokong semua karya dia. Kebetulan pula, saya dah mula berlakon dia pula minat lakonan saya. Kiranya kami berdua menyedari satu sama lain.





"Tapi kami hanya kawan baik sahaja dan mula mengenali satu sama sejak setahun yang lalu. Ara seorang yang sangat baik dan kami selesa berkawan," demikian kata pelakon Hun Haqeem yang mengakui Ara Johari seorang yang baik dan dia sudah lama menyimpan perasaan suka terhadap penyanyi itu sebelum dirinya bergelar seorang selebriti lagi.

Hun atau nama sebenarnya Haqeem Hermy, 22 berkata dia dan penyanyi lagu 'Bunga' itu bagaimanapun tidak mempunyai hubungan istimewa namun hanya sekadar berkawan baik dan persahabatan mereka bermula sejak tahun lalu.

Pelakon yang mula menjadi perhatian selepas membintangi drama popular 'Kampung People' itu berkongsi mengenai perkara itu menerusi sesi siaran langsung (IG live) bersama mStar pada petang, Jumaat. Sebelum itu, beberapa orang peminat bertanyakan soalan mengenai hubungan mereka selepas menyedari Ara dan Hun kelihatan rapat ketika membuat IG Live bersama baru-baru ini.

Klik untuk gambar besar


Bertanyakan mengenai aktiviti dan cabaran sepanjang pelaksanan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula sejak 18 Mac lalu, Hun memberitahu dia memasak untuk keluarga hampir setiap hari dia. Selain itu, dia turut meluahkan rasa sedih apabila terpaksa membatalkan hasrat untuk mengadakan majlis berbuka puasa bersama peminat.

"Sebenarnya tak ada apa sangat pun yang saya buat sepanjang PKP ini. Saya duduk dengan keluarga dan kadang-kadang ada masa saya masak untuk mereka. Macam-macam juga yang saya masak. Ada masa masakan saya tak berapa jadi tapi saya cuba adjust ikut citarasa sendiri. Selain itu, ada juga bersenam. Tak banyak pun aktiviti yang boleh dilakukan.

"Perancangan nak buat majlis berbuka puasa bersama peminat terpaksa dibatalkan sebabkan perlaksanaan PKP ini. Tak ada rezeki nak berbuka puasa dengan peminat pada tahun ini. Shooting untuk drama 'Kampung People Raya' pun tak dapat nak diteruskan," ujarnya.




www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Instagram Hun Haqeem & Ara Johari


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: