25 April 2020

NINA ISKANDAR TUTUP KOMEN DI IG: "PENAT DENGAN SESETENGAH KOMEN


Menerusi sebuah entri di laman Instagram, pelakon Nina Iskandar memberitahu yang dia membuat keputusan untuk menutup ruangan komen. Menurut Nina, dia berbuat demikian kerana berasa penat melihat sesetengah komen yang ditulis netizen: "Saya tutup ruangan komen kerana berasa penat dengan sesetengah komen, sila tengok Story saya dan hadam. Okay terima kasih, selamat berpuasa," katanya.





Sementara itu, di ruangan IG Story pula, Nina menyarankan orang ramai untuk kurang memuat naik video di aplikasi TikTok, sebaliknya melebihkan amal ibadat di bulan Ramadan: "Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan - banyak lagi video TikTok, Lol.

"Di bulan Ramadan ini, apa kata kurangkan berTikTok dan tingkatkan amal ibadat," tulis Nina yang difahamkan kini sedang berada di tempat asalnya iaitu Brunei dan hari pertama berpuasa negara itu jatuh pada hari ini.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Facebook Noh Salleh


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: