15 April 2020
SAJAT SEAKAN BANGGA TRANSGENDER TAK KENA COVID-19 - USTAZ NASIHAT SEGERA TAUBAT
Baru-baru ini menerusi video yang tular, usahawan kosmetik dan penyanyi, Muhammad Sajad Kamaruzzaman atau dikenali sebagai Nur Sajat seakan bangga golongan transgender tidak terkena jangkitan wabak pandemik Covid-19 ketika ini: "Tak pernah lagi pondan kena Corona, betul tak? Cuba awak tengok, ada tak pondan kena Corona. Tak ada lagi, mana ada," katanya dalam video pendek tular itu.
Sehubungan itu, kebanyakan warganet kurang selesa dan ia mengundang kemarahan banyak pihak terhadap keberanian Sajat yang didakwa seperti mencabar kekuasaan Allah. Sementara itu, pendakwah bebas dikenali Ustaz Ahmad Husam Datuk Baderudin tampil menasihatkan Sajat segera bertaubat.
Nasihat Ustaz Ahmad Husam bukan hanya buat renungan Sajat saja, malah golongan transgender lain dalam rakaman videonya: "Saya nasihatkan supaya jangan cuba-cuba mencari atau menjemput kemurkaan Allah SWT kepada kamu. Kamu ingat murka Allah, laknat Allah ini satu benda untuk dipermainkan ke? Sebenarnya, kita dianjurkan oleh agama supaya berdoa pada Allah, dijauhkan dari murka Allah, laknat Allah," katanya.
Beliau berkata sebelum ini sudah bermacam- macam dakwah dan nasihat sudah diberi kepada Sajat tetapi ia seolah-olah tidak dipedulikan: "Kamu kena ingat, laknat Allah datang bukan satu jenis, dua jenis, macam-macam jenis dan pelbagai cara. Saya mohon Sajat, kamu bertaubatlah pada Allah SWT. Bertaubatlah segera kepada Allah," katanya.
Klik untuk gambar besar
www.myartis.com / Sumber: Harian Metro
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment