16 April 2020

TAHNIAH - IZARA AISHAH SELAMAT LAHIRKAN BABY PEREMPUAN


Ucapan tahniah daripada mertua, Siti Nurhaliza, sanak saudara dan pengikut Instagram mengiringi kelahiran bayi perempuan Izara Aishah semalam.

Bagaimanapun, belum ada gambar baby yang dimuatnaik di media sosial oleh Izara setakat ini.





"Alhamdulilah tahniah Adib dan Izara dengan kehadiran kegembiraan baru. Cute little princess. Semoga Allah memberkati awak dan puteri awak. Saya tahu awak akan menjadi ibu yang terbaik dan penyayang.

"Cucu perempuan kita lahir hari ini dengan berat 2.9 kilogram," kongsi ibu mertuanya Datin Seri Tengku Zawyah yang meluahkan rasa syukur menerusi Instagram menantunya.

Manakala menerusi Instastory penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza juga bersyukur dengan penambahan ahli baharu dalam keluarga mereka.

Klik untuk gambar besar


"Alhamdulillah... makin bertambah ahli keluarga kita," tulisnya.

Untuk info, Izara berkahwin dengan suaminya pada 17 November 2017.

Tahniah diucapkan!

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: