16 April 2020
TUNTUT RM4 JUTA - ZARINA ANJOULIE SAMAN AMYZA & EMELDA
"Zarina menuntut permintaan maaf dan pampasan sebanyak RM4 juta kerana menjatuhkan reputasinya melalui muat naik di media sosial dan komen-komen berbaur fitnah mengenai dirinya di Telegram dan Instagram. Dia juga menuntut sebanyak RM3 juta dari Amyza Aznan dan RM1 juta dari Emelda Rose.
"Surat-surat tuntutan itu dihantar hari ini melalui firma guaman NHA Advocates and Solicitors dan dia juga memohon kedua-dua individu itu untuk berhenti menulis dan menerbitkan apa-apa bentuk tulisan mengenai dirinya.
"Kami akan mengambil tindakan undang-undang yang diperlukan jika surat tuntutan tersebut tidak dijawab dalam masa tujuh hari," demikian menurut peguam Zarina, Nurul Hafidzah Hassan. Katanya tindakan itu diambil oleh sebab kedua pelakon itu telah menjatuhkan reputasi Zarina di beberapa platfor dengan melakukan penyiaran komen-komen yang tidak tepat.
Kedua pelakon tersebut diminta untuk membuat maklum balas dalam masa tujuh hari sebelum tindakan lanjut bakal dikenakan.
Tambah peguam itu lagi, kedua-dua pelakon tersebut tidak mempunyai fakta sokongan ketika menuduh Zarina sebagai individu jahat dan tidak bermoral. Zarina turut dikatakan mengalami trauma selepas mereka berdua mengutuk melalui penyebutan nama dan body shaming.
Klik untuk gambar besar
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment