18 April 2020

TERINGAT ZAMAN BOROS - NASI DAH JADI BUBUR DATUK


Entah apa mimpinya masa PKP ni, tiba-tiba pula Datuk Seri Aliff Syukri teringat kisah lama di mana dia sering berseronok membeli-belah di luar negara.

"Masa ni swep jer duit sampai habis berjuta. Hidup ini ada pasang surutnya. Kadang kala kita di atas dan kadang kala kita di bawah sbb tu kita kena beringat dan bila kita di atas kita kena ingat untuk menyimpan.





"Kalau di kenang kenangkan balik, apabila tengok video ni terasa macam abang sedikit membazir shopping x fikir apa2.

"Kalau abang tahu nak jadi macam covid ni mesti abang menyimpan. Maklumlah bila dah ada penyakit virus seperti ini semua bisnes terjejas," tulisnya seolah menyesal kerana membazir wang yang banyak.

"Sekurang-kurangnya duit yang terlebih shopping ni boleh juga abang salurkan bantuan kepada orang yg sedang kesusahan skrg ni.

Klik untuk gambar besar


"Jujurnya abang dah membantu. Tetapi abang rasa tidak puas sebab abang rasa seperti nak jual je barang barang yang abang beli ketika abang bercuti ni utk bantu org susah, patut ke abg jual?? utk bantu org bebtul susah," tanyanya di IG.

Untuk info, terdahulu Aliff telah berkongsi rakaman video lamanya sewaktu dia shopping sakan membeli barangan mahal di luar negara.

Doa kita, moga lepas ni Aliff akan terus Istiqomah diri kerana langit tak selalunya cerah. Tak gitu?

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: