18 April 2020

MENGAMUK TAK DAPAT KELUAR - ZARINA TABAH JAGA ANAK MASA PKP


"Azil kerap berkeras mahu keluar kerana sudah terbiasa dengan rutinnya membeli barang sendiri sebelum ini. Dia tidak mahu kami yang pergi belikan untuknya.

"Jika dihalang, dia akan mengamuk dan mula mencederakan dirinya. Ketika itu saya perlu memujuknya dengan betul dan menerangkan mengenai bahaya di luar sana," demikian kata Zarina Zainuddin susulan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), yang mencabar kesabarannya mengawal dua anak yang menghidap autism iaitu Azil dan Azal.





"Saya terpaksa melakukan pelbagai helah untuk memastikan mereka tidak di luar dan kekal duduk di rumah memandangkan mereka kurang faham mengenai situasi yang sedang berlaku di luar.

"Seboleh-bolehnya saya tidak mahu mereka bosan duduk di rumah dan melakukan sesuatu. Biasanya, saya akan suruh mereka buat kerja bersihkan rumah. Kami juga lakukan aktiviti seperti bermain badminton di halaman rumah," tambahnya dipetik sebagai berkata pada Harian Metro

Walaupun golongan autisme ada kelonggaran ketika tempoh PKP, namun Zarina lebih suka jika mereka duduk di rumah dengan melakukan pelbagai aktiviti bersama. Bagaimanapun, sekali sekala Zarina akan membawa mereka keluar sekitar kawasan rumah dengan memakai penutup muka, mencuci tangan dan menjaga kebersihan.

Klik untuk gambar besar








         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: