17 April 2020

SAHKAN HAMIL 4 BULAN - FATTAH & FAZURA BAKAL TIMANG ANAK PERTAMA


Alhamdulillah... tahniah diucapkan kepada pasangan Fattah Amin dan Nur Fazura yang bakal menimang cahaya mata pertama mereka tidak lama lagi. Berita baik itu dikongsikan Fattah dan Fazura di laman Instagram masing-masing, dimana Fazura kini hamil empat bulan.





Menerusi perkongsiannya itu, pasangan ini turut meluahkan rasa syukur di atas kurniaan rezeki yang diberikan selepas dua tahun mendirikan rumah tangga. Ujar pasangan ini lagi, mereka yakin bahawa Allah lebih mengetahui waktu yang tepat untuk mereka menimang cahaya.

Dalam pada itu, Fattah dan Fazura turut mengucapkan terima kasih kepada peminat-peminat mereka yang tidak berhenti mendoakan untuk mereka agar dikurniakan zuriat. Bagaimanapun setakat ini, pasangan itu masih belum mendedahkan jantina bayi pertama mereka. Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 26 November 2017.

Klik untuk gambar besar


"Setelah melayari perkahwinan kami selama dua tahun, Kami ingin berkongsi berita yang amat mengembirakan. InsyaAllah dengan izin Allah SWT kami bakal menimang cahayamata kami yang pertama. Kandungan @missfazura kini dalam bulan keempat, Alhamdulillah.

"Kami sentiasa yakin akan peraturan Allah dan sesungguhnya ini merupakan waktu yang paling tepat bagi kami dikurniakan zuriat yang amat membahagiakan ini. Tiada yang lebih diutamakan dalam hidup kami sekarang melainkan yang tersayang.

"Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan dan memberikan ucap selamat kepada kami selama ini. Kami amat mensyukuri setiap detik dalam fasa ini dan hari-hari indah yang akan datang. InsyaAllah. Alhamdulillah dan terima kasih sekali lagi dari hati kami berdua. @fattzuralovelife," tulis pasangan ini.




www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Instagram Nur Fazura & Fattah Amin


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: