06 April 2020

TUNDA KAHWIN - JOE FLIZZOW NAK BELI SEMULA KERETA KANCIL KETIKA ZAMAN TOO PHAT


Akur dengan arahan duduk di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), majlis pernikahan penyanyi hip-hop terkenal, Joe Flizzow dan tunangnya, Marini atau mesra disapa Nini terpaksa ditangguhkan. Mengikut perancangan, Joe bakal disatukan dengan Marini Ramlan, kelmarin.





Mengesahkan perkara itu, ibu kepada Joe atau nama sebenarnya Johan Ishak iaitu Aishah Ali berkata, selain perlu mematuhi arahan PKP, penangguhan dibuat atas permintaan anaknya yang mahu mengabadikan majlis dalam suasana lebih bermakna.

"Pada mulanya, kami hanya mahu menunda majlis resepsi dan meneruskan dengan acara akad nikah. Namun, berikutan arahan PKP dan syarat dikenakan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk tatacara majlis pernikahan agak ketat, kami terpaksa membuat keputusan menundanya.

"Lagipun, Joe beritahu dia mahu majlis pernikahan berlangsung dalam suasana meriah dan dihadiri insan yang cukup bermakna dalam hidupnya. Dia mahu semua insan yang penting baik dalam hidup atau kerjaya seninya mendengar lafaz ijab dan kabulnya kelak," katanya.

Klik untuk gambar besar


Aishah yang juga bekas pengarang akhbar The New Straits Times (NST) menyifatkan apa yang berlaku ada hikmah terselindung: "Kelmarin, sepupu kepada arwah suami saya meninggal dunia. Joe rapat dengannya.

"Tak dapat hendak dibayangkan bagaimana keadaannya jika majlis Joe berlangsung seperti dirancang. Pasti ia akan meletakkan kami sekeluarga dalam keadaan serba salah. Apabila dikenang kembali, ada rahmat di sebalik apa yang terjadi," jelasnya.

Aishah berkata, mereka belum memutuskan tarikh baharu pernikahan Joe kerana bergantung kepada arahan kerajaan berhubung PKP. Berkenalan sejak 15 tahun lalu, Joe dan Marini mula menjalin hubungan serius sejak 2016. Pasangan itu bertunang Disember lalu.

Sementara itu, Joe teringkat kenangan awal kemunculan sebagai penyanyi rap dan meluahkan hasrat ingin membeli semula kereta kancil yang pernah digunakan olehnya ketika awal kerjaya sebagai penyanyi. Menerusi Instagram Malaysian Hustler, Joe meminta pengendali akaun berkenaan memaklumkan kepadanya jika mempunyai maklumat mengenai kenderaan tersebut.



"WEJ xxxx siapa jumpa tolong contact Malaysian Hustler saya nak beli balik itu kereta. DM (mesej) harga  please. Nego sampai let go!" kata Joe yang meninggalkan komen tersebut pada salah satu video yang dimuatnaik di akaun berkenaan.

Dalam video tersebut kelihatan penyanyi rap baharu, Yonnyboii menaiki kereta kancil, sekaligus mengimbau lirik yang terdapat dalam lagu Apa Khabar nyanyian Joe dan Sona One: "Lapan orang naik dua kancil tapi semua senang!," tulis seorang pengikut.

Gara-gara komen yang ditinggalkan peminat itu, Joe meluahkan hasrat untuk mencari dan membeli semula kereta yang mempunyai banyak kenangan itu. Untuk rekod, Too Phat ditubuhkan pada tahun 1998 dan dianggotai oleh Joe Flizzow dan Malique. Bagaimanapun, mereka mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing pada tahun 2006.

Menerusi lagu berjudul 'Apa Khabar', Joe menyelitkan lirik mengenai kereta kancil yang dinaiki oleh mereka semasa memenuhi undangan nyanyian di sebuah negeri: "Show pertama luar KL di Pulau Pinang, lapan orang naik dua kancil tapi semua senang," antara bait dalam lirik lagu tersebut.






www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: